APA ITU ARGAN OIL



Minyak argan ialah minyak semulajadi yang termahal di dunia kerana khasiatnya untuk kecantikan dan awet muda. Minyak ini telah diketahui khasiatnya di kalangan penduduk di negara Maghribi (Morocco) sejak 8000 SM lagi, dan ia juga telah digunakan oleh Cleopatra yang terkenal dengan kecantikannya di Mesir pada zaman dulu. Sekarang, pokok argan merupakan salah satu pokok yang dilindungi oleh UNESCO kerana dikhuatiri akan kepupusannya.

Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok argan yang penuh dengan khasiat semula jadi untuk kosmetik dan juga kesihatan tubuh badan manusia dalaman dan luaran. Pokok liar ini tumbuh dari 7 hingga 10 meter tinggi dan dianggap satu keajaiban Maghribi kerana ciri-ciri yang luar biasa. Ia tidak takut dengan kemarau dan mampu menahan suhu yang tinggi sehingga 50Cel. Satu pokok Argan boleh hidup dari 150 hingga 200 tahun dan jika ia mati, ia boleh kekal aktif dan kemudian boleh hidup kembali dalam masa 7 tahun. Oleh kerana sistem akar yang kukuh, pokok Argan amat berkesan dalam mencegah hakisan, sekaligus mengekalkan kesuburan tanah dan menghadkan pergerakan pasir di kawasan padang pasir.


Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika Utara dan kini terancam dan di bawah perlindungan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization(UNESCO). Pokok Argan tumbuh meliar di semi- padang pasir dengan sistem akar yang dalam dapat membantu melindungi hakisan tanah di utara Sahara. Tumbuhan unik ini hidup di kawasan yang meliputi dataran Intramontane yang luas lebih daripada 2,560,000 hektar, yang bersempadan dengan High Atlas dan Little Atlas Mountains dan terbuka kepada Atlantik di barat. Minyak Argan kekal salah satu daripada minyak yang jarang ditemui di dunia disebabkan oleh kawasan-kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus.


Minyak Argan diekstrak dari buah Argan melalui Proses Tekanan Sejuk dan dianggap "emas cecair" yang mempunyai seribu khasiat faedah kesihatan. Dari segi sejarah, Phoenicia telah terlibat dalam perdagangan Minyak Argan Maghribi. Pokok Argan pertama kali disebut dalam surat dan dokumen perdagangan antarabangsa yang ditulis oleh seorang doktor terkenal Mesir, Ali Ibn Radouane pada abad ke-11. Ini merupakan zaman ketika perdagangan produk perubatan sudah merebak ke seluruh dunia. Doktor Ali Ibn Radouane menyebut mengenai rawatan telinga dan perut dengan Minyak Argan, yang telah dibawa ke Mesir dari Maghribi, negara di Afrika Utara.




Minyak Argan ( Argan Oil) yang di ekstrak dari kacang kernel Pohon Argan yang mana sudah terkenal manfaatnya di bidang kosmetik dan kuliner. Namun, untuk dunia kosmetik, Argan Oil sudah memiliki predikat tinggi dalam mengatasi berbagai masalah yang terdapat di dalam kulit. Berbagai masalah pada kulit seperti Jerawat, Flek Hitam, Penuaan Dini, Kerutan, Stretch mark dan lainnya akan di atasi oleh minyak Argan ini. Berikut beberapa manfaat Minyak Argan yakni:


  1. Minyak Argan melindungi kulit dari masalah kerutan yang disebabkan penuaan sejak dulu. Ini juga dapat membantu mengurangi tampilan kerutan atau bengkak di sekitar bawah mata.
  2. Argan oil sangat baik bagi kulit kering dimana ini dapat membantu menyegarkan dan melembutkan kulit di banding produk kosmetik perawatan lainnya.
  3. Minyak Argan kaya dengan protein yang sangat baik untuk kekenyalan kulit. Ini menguatkan struktur ikatan protein pada kulit yang berfungsi untuk mengencangkan kulit dan menjadikan ia tampak lebih segar.
  4. Gatal- gatal pada kulit dapat di atasi dengan Argan oil dan bekas pada kulit akibat gatal tersebut akan hilang.
  5. Salah satu fakta yang paling menarik tentang Minyak Argan ialah Argan oil sangat efektif untuk kulit yang berminyak serta kulit kering. Sebum adalah bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum yang menekan kulit basah dan melindungi kulit dari kekeringan, namun rembesan yang berlebihan juga tidak baik bagi kulit. Minyak Argan mampu mengawal rembesan sebum dan menjadikan ianya yang lebih stabil.
  6. Minyak Argan dapat mencegah Stretch Mark pada kulit pada saat lehamilan.
  7. Menguatkan kuku yang mudah rapuh serta menguatkan kulit halus pada akar kuku.
  8. Untuk penyakit seperti rematik, cacar air, minyak Argan dapat menghilangkan rasa sakit dan bekas pada cacar di kulit. Bagi yang senang dengan massage, ini juga sangat baik sebagai relaksasi agar kulit lebih cantik, sehat dan menawan.

No comments:

Post a Comment